PUNCA PERUT BUNCIT
Pernah tak anda rasa seperti bertambah dua kilo setiap kali selepas
makan? Sedangkan hidangan anda biasa-biasa sahaja dari segi kuantitinya kan.
Macam pelik!
Masalah perut buncit merupakan perkara biasa bagi ramai orang. Ia sudah
tentu Perut Buncit ini tidak menyenangkan, tetapi jika anda mengalaminya secara
kerap, apa yang anda boleh lakukan?
Kami kongsikan terlebih dahulu antara punca-punca yang menyebabkan anda
mengalami masalah perut buncit dan kembung. Antaranya adalah:
·
makan berlebihan
·
kurang olahraga
dan senaman
·
pemanis tiruan
·
gaya hidup
·
stress
·
kerap mengambil
minuman bergas
4 Tips
Untuk Membantu Anda Mengurangkan Masalah Perut Buncit.
1. Singkirkan Minuman
Berkarbonat
Maaf ya pencinta
minuman berkarbonat, sebabnya dengan minuman berkarbonat yang banyak tersebut,
ia mungkin menjadi punca utama perut anda buncit. Minuman tersebut mungkin
lazat dan sedap, tetapi anda juga “menelan” buih karbon dioksida, dan udara
tambahan itu berada di dalam perut anda yang mana boleh menyebabkan masalah
perut buncit yang serius.
Punca utama
perut buncit adalah kandungan gas. Sebenarnya, terdapat juga gas yang
dihasilkan dalam badan kita. Karbon dioksida adalah pantang utama untuk
mendapat perut yang kempis. Jika anda menghadapi masalah perut buncit dan
gassiness, berhentilah mengambil minuman berkarbonat dan lihat apa perubahan
yang akan anda rasai.
Selain itu, minuman
berkarbonat juga akan menyebabkan seribu satu kesan negatif terhadap kesihatan
anda, seperti penambahan berat badan yang tidak diinginkan dan penyakit
jantung! Jadi, lebih baik untuk berhenti sekarang.
2. Kuantiti Makanan Lebih Kecil
Rasa
buncit dan berasa seperti disumbat dengan makanan yang banyak adalah satu
perasaan yang sama. Namun, ia adalah normal untuk berasa tidak selesa selepas
makan hidangan yang besar, jadi apa yang anda boleh lakukan?
Kurang
makan adalah permulaannya, tetapi anda tidak mahu berlapar bukan? Itulah
sebabnya ia sangat membantu anda, bukan sahaja makan makanan dalam kuantiti
lebih kecil, tetapi makan dengan lebih kerap.
Contohnya,
jika anda makan tiga hingga lima kali sehari, tetapi masih makan sekitar jumlah
yang sama, iaitu kuantiti yang sedikit, anda akan berasa lebih selesa selepas
setiap hidangan, kerana anda tidak perlu untuk mencerna terlalu banyak makanan
pada satu masa.
Kajian
mendapati ia sebenarnya berguna bukan sahaja untuk perut anda tetapi untuk
tahap tenaga anda juga bila mana makan dengan kuantiti makanan lebih kecil
secara lebih kerap. Cubalah! Anda boleh mendapatkan lebih daripada satu manfaat
daripada perubahan itu.
3. Tidak Melakukan Senaman Sejurus
Selepas Makan
Menjadi sangat aktif selepas
makan boleh menggagalkan dan menjadikan proses penghadaman anda ‘kucar-kacir’,
yang mana boleh membawa kepada rasa tidak selesa dan mungkin juga pitam.
Pernah berlari selepas makan, dan
ia telah menyebabkan anda berasa loya dan mahu muntah? Ini kerana badan anda
dijadikan untuk berehat ATAU bekerja, bukan kedua-duanya pada masa yang sama.
Berehat adalah untuk penghadaman – kerja adalah untuk aktiviti fizikal.
Apabila badan anda sedang cuba
untuk menghadam makanan tetapi tiba-tiba anda merubah ke dalam “mod kerja”
dengan berjalan atau bersenam, anda akan menghadapi masalah dengan proses
penghadaman anda sekaligus membuat perut anda berasa tidak selesa, dan keadaan
ini juga boleh mengurangkan keupayaan anda untuk bekerja dengan berkesan.
Berikan diri anda rehat selama
satu atau dua jam selepas makan sebelum anda mulakan sebarang senaman.
4. Hati-hati Bagaimana Anda Makan
Minuman berkarbonat
bukanlah satu-satunya sumber udara dan gas yang anda telan. Anda juga boleh
menelan udara dalam proses biasa bila anda makan dan minum, yang mana boleh
mengakibatkan perut anda kembung dan buncit.
Jika anda makan
sambil bercakap, makan dengan terburu-buru, mengunyah gula-gula getah, minum
dengan tegukan yang besar atau melalui straw, sebenarnya anda mungkin juga akan
menelan udara tanpa disedari. Berikut adalah beberapa tips:
- · Makan perlahan-lahan
Kunyah
perlahan-lahan dengan mulut anda ditutup – dan pastikan anda hanya mendengar
setiap perbualan, bukannya bercakap apabila makanan ada di dalam mulut – adalah
cara yang baik untuk mengurangkan jumlah udara yang anda telan dan masuk dalam
badan.
- · Tidak minum menggunakan straw
Sama ada minum tanpa menggunakan
straw, atau pastikan anda tidak bernafas melalui hidung ketika sedang minum
melalui straw adalah cara yang betul. Begitu juga dengan minum tanpa straw:
cuba untuk tidak multi-tasking maksudnya elakkan bernafas dan
minum pada masa yang sama.
- · Kurangkan mengunyah gula-gula
Sama seperti
bercakap apabila ada makanan di dalam mulut anda, mengunyah gula-gula adalah
cara yang mudah bagi udara tambahan masuk ke dalam badan anda. Cuba untuk
kurangkan mengunyah gula-gula jika anda menghadapi masalah perut kembung dan
buncit.