Monday, 19 March 2018

DETOKS


Definisi Detoks


Detoksifikasi (detoks) adalah proses pengeluaran/penyingkiran racun/toksin atau zat-zat yang bersifat racun/toksin dari dalam tubuh.

Organ yang menjadi target dalam proses pembersihan/penyingkiran  racun/toksin  adalah usus besar (pengeluaran) dan liver (detoksifikasi).



Fungsi Detoks kepada tubuh badan

Detoks adalah satu proses yang penting patut dilakukan pada badan kita. Antara fungsi detox pada tubuh adalah :

1.  MEMBERI TENAGA

Detoks buat badan kita lebih bertenaga. Detoks menyebabkan kita kurang atau tidak mengambil makanan yang mengandungi toksin seperti lemak, gula, kafein dan seabaginya. Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga berpanjangan.


2. MEYINGKIRKAN LEBIHAN SISA BUANGAN

Walaupon kita sering membuang tapi pastikah kita ianya dibuang habis? Kebanyakkan proses detoks adalah untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini.

Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detoks kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan kita.


3. MENURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detoks dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat dan selamat.


4. SISTEM IMUN LEBIH KUAT

Detoks memberi peluang pada organ dalam badan kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu untuk memberikan imun badan "boost" pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dengan lebih baik termasuklah Vitamin C.

Kebanyakkan herba yang diambil semasa berdetoks akan membantu sisem limpa dan ini memainkan peranan yang peting pada tubuh badan.
  

5. KULIT MAKIN CANTIK

Kulit adalah organ terbesar dalam badan. Jadi masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada proses detoks ini. Satu cara untuk membantu proses detoks ialah bersauna untuk membantu badan mengelurkan peluh dan toksin yang berlebihan.


6. PERNAFASAN LEBIH BAGUS

Salah satu penyebab kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkan kolon dan membantu sisem pencernaan berfungsi dengan baik, kita akan mendapati pernafasan kita kembali ok.


7. BANTU BADAN LEBIH SIHAT

Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng atau makanan yang rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan ketagihan itu.

Selalumya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti ini, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama.

Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang baik untuk jangka masa panjang.


8. FIKIRAN YANG LEBIH TENANG

Penggunaan meditasi selalunya dicadangkan sebagai cara untuk kembali berhubung dengan badan semasa proses pembuangan dan pembersihan toksin.

Pengamal detoks selalu mengaku bahawa mereka akan hilang perasaan keliru dan mampu untuk lebih berfikiran positif semasa berdetoks daripada tidak mengikuti program detoks.


9.  RASA DIRI LEBIH RINGAN

Antara kelebihan detoks badan lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi iaitu jika kita mengikuti proses pembesihan kolon sebagai salah satu proses detoks.

Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang menambah berat badan, dan menggantikan dengan makan yang lebih organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, Badan anda akan merasa lebih sihat dan ringan.

  
10. ANTI PENUAAN.

Toksin adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan.
Apabila kita sudah selesai menjalani program detoks, ia penting sekali untuk tidak kembali kepada cara hidup lama yang tidak sihat.


11. PENINGKATAN RASA KESELESAAN HIDUP

Apabila kita berdetoks, kita akan rasa lebih bagus, dan apabila kita rasa lebih bagus, perkara yang pelik akan berlaku. Detoks selalunya digunakan secara strategik untuk menurunkan berat badan atau melakukan rancangan diet yang baru tetapi tiada sebab yang lebih bagus selain untuk merasa lebih bagus

No comments:

Post a Comment

CUCI USUS DENGAN JUS DETOKS VITALLUZ POWDER

VITALLUZ POWDER Minuman Jus Detoks Viral VITALLUZ POWDER Membantu melancarkan  PELAWASAN, MENGEMPISKAN PERUT, MENURANKAN BERAT...